SIMMS
SIMMS
Agensi

TORRINGTON, CONNECTICUT: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis, Rabu lalu, selepas status dirinya diburu pihak berkuasa akhirnya mendapat 29,000 ‘likes’ di Facebook Jabatan Polis Torrington.

Bulan lalu, Jose Simms, 30, menghubungi polis menerusi Facebook, berjanji akan menyerah diri jika status itu mendapat 15,000 ‘likes’.

Pada asalnya, pegawai yang berunding dengan Simms menetapkan 10,000 ‘likes’, namun lelaki itu menuntut 20,000 ‘likes’.

“Ia sukar dilakukan, tetapi tidak mustahil.

“Jadi tolong ‘like’ status ini dan kongsi semula status ini di Twitter, Instagram, Snapchat dan WUPHF,” kata kenyataan polis memohon kerjasama netizen.

Memetik WFSB, Simms, gelandangan yang dikehendaki polis kerana gagal hadir di mahkamah, tidak hadir ke balai polis apabila status terbabit mencecah 29,000 ‘likes’ dan 1,700 komen.

Menurut kenyataan polis, Simms akhirnya menghubungi balai polis Enfield dan meminta ditahan kerana dia adalah orang dikehendaki.

Dia kemudian dibawa ke balai polis Enfield sebelum dipindahkan ke Jabatan Polis Torrington dan dibebaskan dengan bon jaminan AS$30,500 (RM126,678).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 9:23 AM