MICHAEL Adams.
MICHAEL Adams.
Agensi

 

PHOENIX: Seorang lelaki di Arizona, Amerika Syarikat mencetuskan kemarahan orang ramai selepas bertindak menikam seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

New York Post melaporkan, Michael Adams, 27, didakwa atas pembunuhan darjah pertama selepas mengelar leher dan menikam Elijah Al-Amin menggunakan pisau poket, di sebuah kedai serbaneka di Peoria pada 4 Julai lalu, ketika mangsa sedang mendengar muzik rap di dalam keretanya.

Pihak berkuasa berkata, mangsa sempat berlari keluar dari kedai berkenaan sebelum pengsan dan dibawa ke hospital tempatan di mana dia kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia.

Suspek mempertahankan tindakannya itu berkata dia memutuskan untuk menjadi 'proaktif' kerana pernah diserang orang yang mendengar muzik rap.

Arizona Republic melaporkan, suspek baru dua hari dibebaskan dari Kompleks Penjara Negeri Arizona di Yuma sebelum membunuh mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 10:09 PM