GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

LOS ANGELES: Lelaki kulit putih yang membunuh remaja kulit hitam kerana berasa terancam apabila mangsa mendengar lagu rap, didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, Michael Adams didakwa mengelar leher Elijah Al-Amin dalam serangan di sebuah kedai serbaneka di pekan Peorioa, luar Phonenix pada 4 Julai lalu.

Kejadian berlaku selepas dia baru saja dibebaskan dua hari dari penjara kerana disabitkan atas kesalahan melakukan serangan lain.

Dokumen mendedahkan, Adams, 27, memberitahu detektif bahawa sebelum serangan dilakukan, dia memerhatikan mangsa mendengar lagu rap di kawasan parkir dan berasa terancam.

“Dia menyatakan lagu rap menyebabkannya rasa kurang selamat memandangkan sebelum ini pernah diserang mereka yang mendengar lagu rap itu,” kata dokumen itu.

Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan di media sosial apabila netizen tanda pagar #JusticeforElijah menjadi trending di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 11:04 AM