FLY Safair terpaksa menangguhkan salah satu penerbangannya.
FLY Safair terpaksa menangguhkan salah satu penerbangannya.
Agensi

CAPE TOWN: Sebuah syarikat penerbangan milik Afrika Selatan, Fly Safair terpaksa menangguhkan salah satu penerbangannya pagi kelmarin apabila menemui janin yang dibuang di dalam tandas pesawat hingga menyebabkan ia tersumbat.

The Sun melaporkan, pesawat FA 411 itu yang sepatutnya melakukan penerbangan dari Johannesburg ke Durban dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka pada 6.15 pagi.

Kejadian itu disedari oleh seorang tukang cuci yang membersihkan tandas pesawat sebelum kru penerbangan menghubungi pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, mereka akan memulangkan semua wang atau perubahan penerbangan secara percuma kepada penumpang yang menaiki pesawat terbabit.

Pesawat terbabit akhirnya dibatalkan dan semua penumpang menempah tiket dengan menaiki pesawat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 8:23 PM