ZIRAFAH. FOTO AP
ZIRAFAH. FOTO AP
AFP

Cape Town: Kanak-kanak terbunuh, manakala ibunya kritikal selepas diserang seekor zirafah di wilayah timur Afrika, semalam.

Jurucakap polis, Nqobile Gwala berkata, serangan itu berlaku di sebuah ladang, kira-kira 270 kilometer timur laut bandar pelabuhan Durban.

Katanya, seorang ibu berusia 25 tahun dan anak perempuannya berusia 16 bulan diserang di Ladang Kuleni, Hluhluwe kira-kira jam 2 petang.

"Kanak-kanak itu dibawa ke klinik berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia akibat dipijak haiwan itu.

"Ibunya pula yang kritikal dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan," katanya.

Gwala berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu berikutan zirafah sifatnya tidak menyerang manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 10:13 AM