PARANG milik suspek ditemui di tempat kejadian. - Foto Daily Mail
PARANG milik suspek ditemui di tempat kejadian. - Foto Daily Mail
Agensi

CAPE TOWN: Seorang lelaki ditetak ketika cuba merogol wanita hamil oleh suami mangsa selepas penjenayah itu memecah masuk rumah mereka di Tongaat, dekat Durban, Afrika Selatan.

Dalam kejadian 11 malam, Isnin lalu, suspek memecah masuk rumah mangsa untuk merompak dan cuba merogol wanita terbabit dengan mengancamnya menggunakan parang.

Daily Mail yang mmeetik Times Live melaporkan, mangsa yang hamil lima bulan bagaimanapun, menjerit menyebabkan suaminya yang berada di bilik sebelah datang untuk membantu.

Si suami merampas parang dipegang suspek dan menetak penjenayah itu bertubi-tubi.

Polis yang tiba kemudiannya menemui mayat suspek dalam keadaan berlumuran darah di luar rumah berkenaan dan suami mangsa ditahan untuk siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 10:01 PM