BENCANA itu menjejaskan bekalan elektrik kepada lima juta penduduk dan beberapa kawasan di Ohio berdepan risiko banjir kilat. FOTO: AFP
BENCANA itu menjejaskan bekalan elektrik kepada lima juta penduduk dan beberapa kawasan di Ohio berdepan risiko banjir kilat. FOTO: AFP
AFP

WASHINGTON: Beberapa orang cedera, manakala jutaan penduduk di Ohio terputus bekalan elektrik selepas puting beliung melanda negeri di tengah Amerika Syarikat itu.

Puting beliung dilaporkan memusnahkan rumah dan mencabut pokok di bandar Dayton, petang semalam.

Setakat ini, tiada laporan mangsa terkorban dilakukan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, bencana itu menjejaskan bekalan elektrik kepada lima juta penduduk dan beberapa kawasan di Ohio berdepan risiko banjir kilat.

“Bekalan elektrik terputus di beberapa loji air dan stesen pam. Pasukan bomba kini melakukan operasi mencari dan penyelamat,” kata majlis perbandaran Dayton di Twitter.

Ini kejadian ketiga puting beliung melanda tengah Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 6:49 PM