SEBUAH motel yang ranap teruk dibai puting beliung.
SEBUAH motel yang ranap teruk dibai puting beliung.
AFP

WASHINGTON: Anggota penyelamat di Oklahoma, Amerika Syarikat masih berusaha mencari mangsa di rumah bergerak dan struktur yang musnah dilanda puting beliung kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.

AFP melaporkan, bandar terletak kira-kira 40 kilometer di barat Oklahoma City baru saja pulih dari banjir teruk selepas ribut melanda kelmarin.

“Sehingga kini kami masih melakukan usaha pencarian. Kita sahkan sebanyak dua kematian dilaporkan setakat ini. Ia mendatangkan kesan trauma,” kata Datuk bandar El Reno, Matt White.

Selain itu dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya 20 penduduk terpaksa dimasukkan hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.

White berkata, bencana itu menyebabkan taman yang menempatkan rumah bergerak musnah sepenuhnya dan penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

“Kami memerlukan bantuan. Semua penduduk sudah dipindahkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 10:48 AM