Betty White
Betty White
Agensi

Bintang komedi dan pelakon siri The Golden Girls, Betty White meninggal dunia pada usia 99 tahun, semalam.

Berita kematiannya disahkan teman rapat yang juga ejennya, Jeff Witjas kepada media antarabangsa.

"Walaupun usianya hampir 100 tahun, saya fikir dia akan hidup selama-lamanya. Saya dan haiwan-haiwan kesayangannya akan rindukan dia.

"Saya tak rasa Betty takut untuk melalui kematian kerana dia selalu meluahkan hasratnya untuk bersama suami, Allen Ludden yang pergi terlebih dahulu," katanya.

White sepatutnya meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 17 Januari ini.

White pernah dianugerahkan Guinness World Records sebagai penghibur wanita yang berkarya di TV paling lama di dunia.

Selain The Golden Girls, nama White juga popular menerusi beberapa karya filem dan siti TV lain antaranya Boston Legal dan Hot in Cleveland.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 11:09 AM