GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

MATARAM: Seorang warga Perancis dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Indonesia hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyeludup masuk tiga kilogram dadah di lapangan terbang Lombok pada September lalu.

AFP melaporkan, Felix Dorfin, 35, ditahan selepas membawa sebuah beg pakaian berisi dadah termasuk pil ecstasy dan amphetamines.

Pendakwa raya sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun namun mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman lebih berat.

Hakim, Isnurul Syamsul Arif berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pembabitan Dorfin dalam sindiket dadah antarabangsa serta jumlah dadah yang dimiliki.

Indonesia adalah di antara beberapa negara yang mempunyai undang-undang tegas terhadap kesalahan dadah termasuk hukuman mati yang dilakukan oleh skuad penembak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 4:22 PM