RIZWAN Asad Pandit dilaporkan mati dalam tahanan. FOTO Agensi
RIZWAN Asad Pandit dilaporkan mati dalam tahanan. FOTO Agensi
Reuters

Srinagar: Orang ramai merusuh, termasuk melempar batu kepada polis di beberapa kawasan di Kashmir tadbiran India selepas seorang lelaki yang ditahan untuk siasatan mati ketika dalam tahanan.

Rizwan Asad Pandit, guru lepasan jurusan kimia yang mengajar di sekolah swasta, ditahan untuk berkaitan ‘keganasan’ dan menurut polis, siasatan kematiannya sedang dilakukan.

Abang mangsa, Zulkarnain Asad Pandit, berkata: “Kami mahu siasatan dilakukan namun kami tahu ia tidak akan berlaku, tidak pernah dilakukan sejak 20 tahun lalu.”

Ramai peniaga menutup kedai akibat rusuhan itu dan polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata.

Ketegangan antara penduduk Hindu dengan Islam di Khasmir kembali memuncak selepas kejadian serangan bom nekad yang membunuh 42 polis separa tentera India di wilayah itu pada 14 Februari lalu.

Keadaan semakin tegang selepas Pakistan menembak jatuh pesawat penggempur India yang memasuki wilayahnya bagi mengebom lokasi yang didakwa kem kumpulan militan Jamaat-e-Islami (JeI) yang melancarkan serangan bom itu.

Rizwan dikatakan berasal dari keluarga yang mempunyai hubungan dengan Jel dan India sudah menahan ratusan orang yang didakwa anggota kumpulan terbabit.

Namun, abangnya berkata, mangsa tidak bersalah dan tiada kaitan dengan sebarang kumpulan militan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 9:26 PM