UMAT Islam Kenya menyembahyangkan jenazah Abdalla Mohamed Dahir dan Feisal Ahmed, antara 21 yang terbunuh dalam serangan militan al Shabaab di Nairobi, minggu lalu. - AFP
UMAT Islam Kenya menyembahyangkan jenazah Abdalla Mohamed Dahir dan Feisal Ahmed, antara 21 yang terbunuh dalam serangan militan al Shabaab di Nairobi, minggu lalu. - AFP
Reuters

Mogadishu: Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan udara terhadap kedudukan militan al Shabaab di Somalia semalam, menyebabkan 52 anggota kumpulan itu terbunuh, beberapa hari selepas serangan di Nairobi, Kenya, menyebabkan 21 terbunuh.

Kumpulan itu juga dilapor menyerang pangkalan tentera Somalia di Jilib, 370 kilometer dari Mogadishu Jumaat lalu, menggunakan bom kereta.

Gambar tempat kejadian yang dilihat wakil Reuters menunjukkan trak terbakar dengan mayat rentung bergelimpangan di kawasan sekitar.

Al Shabaab hilang kuasa di hampir semua bandar Somalia selepas Kesatuan Afrika dan tentera Somalia menghalau mereka keluar dari Mogadishu pada 2011, namun pemberontakan kumpulan itu berterusan.

Jumaat lalu, al Shabaab turut menyerang konvoi tentera Habsyah di tengah Somalia dan mendakwa membunuh lebih 57 ‘penjajah dari Habsyah’.

Minggu lalu, militan al Shabaab menyerang kompleks hotel dan perniagaan di negara jirannya, Kenya, membunuh 21 orang, termasuk seorang rakyat Amerika dan seorang warga Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 10:04 AM