KENDERAAN yang dinaiki pekerja lombong mengalami kerosakan teruk. FOTO Xinhua
KENDERAAN yang dinaiki pekerja lombong mengalami kerosakan teruk. FOTO Xinhua
AFP

SHANGHAI: Seramai 20 pekerja lombong maut manakala 30 orang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka di bawah tanah hilang kawalan akibat kegagalan fungsi brek, di Xilingol, pedalaman Mongolia.

Xinhua melaporkan 15 pekerja disahkan mati di tempat kejadian diikuti lima lagi meninggal dunia selepas itu.

Mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil dan kemalangan itu masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut kejadian serta jenis lombong itu belum didedahkan lagi.

Kemalangan lombong lazim berlaku di China. Pada Oktober tahun lalu, 21 pekerja terbunuh selepas sebahagian terowong sebuah lombong di timur Shandong runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 10:25 PM