KELUARGA mencari pekerja yang hilang di loji kimia di Jiangsu, China pada 23 Mac 2019. Tiga orang terbunuh dalam letupan di sebuah kilang kimia di Inner Mongolia pada 24 Mac, 2019. FOTO Reuters
KELUARGA mencari pekerja yang hilang di loji kimia di Jiangsu, China pada 23 Mac 2019. Tiga orang terbunuh dalam letupan di sebuah kilang kimia di Inner Mongolia pada 24 Mac, 2019. FOTO Reuters
Reuters

SHANGHAI: Tiga orang terbunuh akibat letupan di loji kimia milik persendirian di rantau Inner Mongolia, China, lapor Xinhua hari ini.

Letupan berlaku pada awal pagi di loji Dongxing Chemicals, syarikat yang menghasilkan produk plastik PVC daripada sodium hydroxide.

Kemalangan itu susulan dua kejadian letupan di wilayah Jiangsu yang meragut 85 nyawa pada Mac lalu.

Pengawal selia pasaran pada awal April memberitahu akan melaksanakan pemeriksaan di seluruh China bagi memastikan keselamatan produk perindustrian seperti pembungkusan makanan dan bahan kimia berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 11:12 AM