TAUFAN Lekima ketika melanda timur China. FOTO/REUTERS
TAUFAN Lekima ketika melanda timur China. FOTO/REUTERS
AFP

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 16 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh selepas Taufan Lekima melanda timur China, lapor stesen televisyen rasmi hari ini.

Menurut CCTV, kejadian berlaku kira-kira 130 kilometer di utara bandar Wenzhou apabila sebuah empangan semula jadi runtuh.

Lebih sejuta orang dipindahkan dari kediaman mereka ketika ribut hampir tiba, yang melanda timur China awal pagi tadi, membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga memutuskan bekalan elektrik dan ribuan pokok tumbang, lapor media negara.

Taufan Lekima mendarat awal hari ini di bandar Wenling bersama angin dengan kelajuan 187 kilometer sejam dan dijangka menuju ke Shanghai, kata agensi berita Xinhua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 4:19 PM