HEITMUELLER (kiri) dan Sara. FOTO CEN
HEITMUELLER (kiri) dan Sara. FOTO CEN
Agensi

Zurich: Seorang wanita dipenjara empat tahun tiga bulan kerana mendera anak perempuannya berusia lima tahun secara seksual dan mengongsikan perbuatannya bersama kekasih dalam talian.

Wanita yang cuma dikenali sebagai Sara I, 31, dipenjara mahkamah di St Gallen kerana mendera anaknya secara seksual menggunakan pelbagai peralatan yang disiarkan kepada kekasihnya, bapa beranak tiga di Jerman, Frank Heitmueller, 53.

Wanita itu dilaporkan menjadi hamba seks Heitmueller selepas menandatangani perjanjian menjadi ‘hartanya,’ malah pernah menyuarakan keinginan supaya kekasihnya itu menjadi yang pertama meniduri anaknya.

Mahkamah diberitahu, Heitmueller merakam perbuatan Sara untuk ditonton kemudian.

Heitmueller yang memberi keterangan di mahkamah bagaimanapun menafikan semua keterangan itu, malah menegaskan dia bukan fidofilia.

“Saya mempunyai tiga anak. Tidak mungkin saya berbuat begini. Kami cuma kekasih dalam talian biasa,” katanya.

Kes itu terbongkar selepas isteri Heitmueller menemui bahan mengejutkan dalam komputernya dan menghubungi polis.

Penyiasat mendapati Heitmueller menghantar gambar kemaluannya kepada Sara untuk dikongsikan dengan kanak-kanak terbabit.

Susulan itu, Heitmueller turut dihukum penjara lima tahun. Dia dan Sara dilarang melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan pergaulan dengan kanak-kanak selama 10 tahun, selain diwajibkan menjalani rawatan psikologi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 5:33 AM