WALAUPUN baru berusia sembilan tahun, dia sudah digelar supermodel.
WALAUPUN baru berusia sembilan tahun, dia sudah digelar supermodel.
GLIKERIYA (kiri) bertanggungjawab menjaga akaun media sosial anaknya.
GLIKERIYA (kiri) bertanggungjawab menjaga akaun media sosial anaknya.
ADA pengguna Internet menyelar gambar ini kerana dianggap mengundang peminat pedofilia.
ADA pengguna Internet menyelar gambar ini kerana dianggap mengundang peminat pedofilia.
ANTARA  gambar dimuat naik ke Instagram dengan keterangan ‘Bedtime’ (Masa Tidur).
ANTARA gambar dimuat naik ke Instagram dengan keterangan ‘Bedtime’ (Masa Tidur).

Walaupun baru berusia sembilan tahun, Kristina Pimenova sudah digelar supermodel.

Kanak-kanak Russia ini yang dinobatkan sebagai 'kanak-kanak paling cantik di dunia' tidak lama dulu, memang kelihatan tidak kekok memperagakan pelbagai gaya termasuk yang agak seksi.

Dia mempunyai 315,000 pengikut di Instagram dan 2.1 juta 'like' di Facebook.

Namun model cilik ini mengundang kontroversi kerana dianggap terlalu muda untuk didedahkan kepada umum, lebih-lebih lagi melihat kepada komen sesetengah pihak yang berbentuk seksual terhadapnya.

Ibunya Glikeriya Shirokova, juga bekas model, bertanggungjawab mengendalikan laman media sosial Kristina selain memilih gambar untuk dimuat naik ke laman itu.

Kristina yang berasal dari Moscow menjadi pragawati sejak berusia tiga tahun dan antara pelanggannya, termasuk Vogue, Armani dan Dolce & Gabbana.

Ayahnya Ruslan Pimenov, bekas pemain bola sepak antarabangsa yang pernah mewakili Russia pada Piala Dunia 2002.

Kristina mula mendapat perhatian selepas menemani ibunya ke lokasi penggambaran

Tumpuan yang diberikan kepada kanak-kanak itu mendorong Glikeriya mencuba bakat anaknya itu.

Pada laman Facebook Kristina tertulis: "Semua bahan dikongsikan di laman ini perlu sesuai dengan kanak-kanak. Kami akan memadamkan apa saja yang dianggap keterlaluan."

Namun pengkritik bimbang kejelitaan Kristina akan menarik perhatian fidofilia.

Komen pada satu gambarnya termasuk 'dia sangat cantik' dan 'sungguh menawan,' mengundang beberapa pihak untuk menasihati Glikeriya supaya lebih berwaspada.

Seorang wanita menulis dalam akaun Instagram Kristina: "Dia menarik perhatian pedofilia."

Seorang lagi pengikut Instagram kanak-kanak itu pula mengambil kesempatan menyelar seorang lelaki yang sering memberi komen kepada Kristina dengan menulis: "Lelaki miang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:01 AM