Gambar yang dirakam pada 7 September 2017 ini menunjukkan sekumpulan lelaki membawa pisau dan lastik berjalan berhampiran rumah yanng terbakar di perkampungan Gawdu Tharya dekat Maungdaw di negeri Rakhine, Myanmar.
Gambar yang dirakam pada 7 September 2017 ini menunjukkan sekumpulan lelaki membawa pisau dan lastik berjalan berhampiran rumah yanng terbakar di perkampungan Gawdu Tharya dekat Maungdaw di negeri Rakhine, Myanmar.
AFP

WAKIL khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 1,000 orang terbunuh, sebahagian besarnya etnik Rohingya di Rakhine, Myamnar.

Wakil khas kemanusiaan PBB di Myanmanr, Yanghee Lee, berkata jumlah itu sekali ganda lebih tinggi berbanding angka dikeluarha kerajaan Myanmar.

“Kemungkinan lebih seribu terbunuh di kedua-dua belah pihak namun jumlah etnik Rohingya lebih besar,” katanya.

Jurucakap agensi pelarian PBB (UNHCR), Vivian Tan, hari ini berkata dianggarkan 270,000 pelarian etnik Rohingya tiba di Bangladesh sejak dua minggu lalu.

Menurut Yanghee Lee, ramai etnik Rohingya mati ketika cuba melarikan diri dari Rakhine yang menurut saksi, seluruh perkampungan Rohingya dibakar.

Beliau bagaimanapun, tidak menyebut bagaimana mangsa terbabit mati namun menurut pelarian yang tiba di Bangladesh, tentera Myanmar yang melancarkan operasi memburu pemberontak, melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk Rohingya dan membakar kampung.

Kerajaan Myanmar menyatakan jumlah korban krisis itu hanya 475 orang dengan 6,6000 rumah etnik Rohingya musnah dan 201 rumah penduduk bukan Islam dibakar (kononnya oleh pemberontak) sejak 25 Ogos.

Ia juga menyatakan 30 orang awam terbunuh iaitu tujuh etnik Rohingya, tujuh penduduk Hindu dan 16 penduduk Buddha.

Tentera Myanmar sebelum ini menyatakan ia membunuh 430 pemberontak Rohingya dan mendakwa 15 anggota keselamatan mati .

Lee yang ditemuramah di Seoul, Korea Selatan, angka diberi kerajaan Myanmar itu tidak dapat disahkan kerana kerajaan tidak membenarkan wakil PBB ke Rakhine.

“Namun, saya yakin ia akan menjadi bencana besar kepada dunia dan Myanmar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 7:54 PM