PENIAGA menyiang daging anjing  di pasar Nanqiao di Yulin di wilayah Guanxi, selatan China, semalam. - AFP
PENIAGA menyiang daging anjing di pasar Nanqiao di Yulin di wilayah Guanxi, selatan China, semalam. - AFP

Yulin: Festival daging anjing bermula di bandar ini semalam dengan haiwan itu dibunuh secara kejam dan bangkainya dimasak untuk dimakan walaupun tersebar khabar angin sebelum ini mendakwa pihak berkuasa mengharamkan festival itu tahun ini.

Selepas laporan awal menyatakan pihak berkuasa akan melarang festival itu diadakan di bandar di selatan China ini, kumpulan hak asasi haiwan berkata, peniaga dan pegawai mencapai persetujuan mengehadkan hanya dua bangkai anjing dipamerkan di setiap gerai.

Namun, di pasar utama Yulin di Nanqio, puluhan bangkai anjing tergantung di kebanyakan gerai.

Bagaimanapun, pegawai persatuan Animals Asia, Irene Feng berkata, festival itu lebih kecil berbanding tahun lalu dengan jumlah anjing lebih sedikit dibunuh.

Selama ini, ribuan haiwan itu dibunuh dalam acara tradisi yang melihat pembunuhan dilakukan dengan kejam berdasarkan kepercayaan lebih kejam ia dibunuh, lebih enak dagingnya.

Persatuan hak asasi haiwan berkata, antara 10 juta hingga 20 juta anjing dibunuh untuk dimakan di China setiap tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 6:19 AM