AKIHITO
AKIHITO
AFP

Tokyo: Kerajaan Jepun semalam meluluskan rang undang-undang bagi membolehkan Maharaja Akihito turun takhta, langkah yang kali pertama berlaku dalam tempoh dua abad.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, rang undang-undang itu akan dihantar ke Parlimen dan dijangka berkuat kuasa tidak lama lagi sejurus selepas Kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe meluluskannya.

Penurunan takhta mesti berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas digubal.

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito, 83, menzahirkan hasrat untuk melepaskan takhta dan menyerahkan tugasnya kepada Putera Mahkota Naruhito, susulan faktor usia dan kesihatan yang menyukarkannya menjalankan tugas rasmi.

Laporan mengenai hasratnya itu sekali gus mengejutkan seluruh rakyat Jepun.

Jepun tidak mempunyai perundangan yang membenarkan penurunan takhta digelar Takhta Bunga Kekwa itu.

Status maharaja amat sensitif di Jepun, terutama dengan sejarah perang pada 1940-an yang dilancarkan atas nama bapanya, Hirohito, yang mangkat pada 1989.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 1:53 AM