FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Agensi berkenaan berkata demikian berikutan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di platform media sosial.

Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.

LHDN dalam kenyataan berkata, pihaknya amat memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam urusan pentadbiran percukaian.

"Oleh yang demikian, kami akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 8:20 PM