Siti Nur Qurratul'aina Quddus

SYARIKAT media digital, REV Media Group (RMG) bersama Dattel Asia Group (Dattel) menganjurkan Jelajah OHSEM ADS bagi 2023 yang membawakan pendedahan kepada pengiklanan digital.

Ia dibawa melalui Rangkaian Digital Media Prima iaitu REV Media yang mempunyai audiens seramai 15.8 juta individu setiap bulan.

Jelajah ini akan ke 10 negeri bagi memastikan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dapat merebut peluang untuk mengiklankan di platform ini.

PKS dapat mempelajari strategi baharu selain dari Google dan laman sosial media untuk memasarkan iklan dengan tepat berbanding pemasaran digital yang lain.

Antara platform premium yang akan menyiarkan iklan-iklan PKS adalah di Berita Harian, Harian Metro, Says, Vocket, OhBulan! dan banyak lagi laman premium di rangkaian REV Media.

Jika sebelum ini PKS merasakan platform premium di luar jangkauan, sesi ini akan membuka mata anda dengan solusi pengiklanan mesra PKS.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Ashran Ghazi berkata, kami teruja dengan kejayaan OHSEM ADS 2022 dan berharap jelajah ini akan membawa peluang pengiklanan kepada PKS di Malaysia.

"Tambahan pula, dengan Skim Mudah Bayar Iklan REV, kami berharap ia dapat membantu usahawan dalam melonjakkan jenama dan penjualan mereka," katanya.

Perisian Jelajah Ohsem Ads pada kali ini akan merangkumi:

1. Tak Kenal Maka Tak Cinta - Kenalilah REV Media Network
2. Coretan SME Sukses Iklan REV Media
3. Sesi Workshop Platform Pengiklanan REV - REV Ad Manager
4. Taklimat Skim Mudah Bayar Iklan REV

Jelajah ini akan disambut oleh 3,400 peserta secara menyeluruh sepanjang tahun melalui 17 lokasi yang berlainan.

Menjelang Ramadan, RMG dan Dattel melancarkan Skim Mudah Bayar untuk pakej pengiklanan yang diambil supaya dapat membantu aliran kewangan PKS sempena menjelang bulan perayaan.

Dengan skim tersebut, PKS mempunyai pilihan untuk membayar iklan secara ansuran selama tiga atau empat bulan.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata, hasrat REV adalah untuk membawa solusi media dan kandungan agar ia mesra PKS.

"Sudah tiba waktunya untuk PKS mendapat akses kepada platform pengiklanan yang terbesar di Malaysia.

"Jelajah ini menunjukkan komitmen kami kepada pembangunan PKS," katanya.

Usahawan PKS yang berminat perlu mendaftarkan diri di Jelajah OHSEM ADS 2023 dan dapatkan iklan menarik menerusi rangkaian digital Media Prima, REV Media Group.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 5:16 PM