Fahrin Ahmad (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Ghazi (tengah) dan Perancang Kanan Strategik RMG, Razaleigh Zain (kanan). - FOTO WHI TV3
Fahrin Ahmad (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Ghazi (tengah) dan Perancang Kanan Strategik RMG, Razaleigh Zain (kanan). - FOTO WHI TV3
Siti Nur Qurratul'aina Quddus

BANYAK perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beranggapan kos beriklan dengan laman web di bawah syarikat media digital, REV Media Group (RMG) seperti Harian Metro, Berita Harian, Sirap Limau dan SAYS terlalu mahal.

PKS juga kurang pasti akan keberkesanan membeli iklan di laman RMG berbanding media sosial dan mereka tidak tahu cara untuk menghubungi pihak RMG.

Justeru, RMG dan syarikat pengiklanan, Dattel Asia Group (Dattel) memperkenalkan OHSEM ADS bagi membantu PKS mempelajari lebih banyak ilmu mengenai pengiklanan yang dijalankan atas talian.

Pada Mac lalu, RMG melancarkan REV Ads Manager, iaitu satu sistem pengurusan pengiklanan atas talian yang berpandukan data pengguna dan ia sangat mudah digunakan.

OHSEM ADS menjadi peluang baik untuk perkenalkan REV Ads Manager kepada usahawan PKS supaya dimanfaatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Ashran Ghazi berkata, dengan adanya akses akaun REV Ad Manager, SME boleh menjalankan iklan dengan mudah kerana REV Ad Manager akan kenal pasti laman web REV yang sesuai mengikut pilihan audiens PKS.

"Kami juga akan tawarkan pakej pengiklanan yang OSHEM, serendah RM800 untuk PKS.

"Mereka yang ingin cuba beriklan di NST, Vocket, SAYS, dan lain-lain boleh merasai keberkesanannya pada harga yang istimewa tetapi hanya boleh didapati di OHSEM ADS 2022 sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program bual bicara wanita terbitan TV3, Wanita Hari Ini yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia turut dihadiri tetamu jemputan, Perancang Kanan Strategik RMG Razaleigh Zain.

Razaleigh berkata, RMG akan berkongsi pengalaman tiga jenama PKS yang sudah menjalankan iklan dan mendapat hasil yang memuaskan seperti Crowdfactor X yang meraih 54,000 tontonan untuk acara siaran langsung.

"Seterusnya, hasil jualan tudung Bawalz juga naik RM10,000 sepanjang dua minggu beriklan berbanding RM7,000 sebulan tanpa iklan REV.

"Kiddocare pula meraih jumlah pendaftaran dua kali ganda berbanding sebelumnya untuk khidmat profesional penjagaan anak," katanya.

Image

PKS hanya perlu mendaftar di www.ohsemads.my untuk hadir pada 3 November ini di Mines 2, Seri Kembangan dan menuntut hadiah percuma bernilai sehingga RM750.

Gunakan kod baucar REVOHSEM semasa pendaftaran untuk membuat tuntutan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 6:48 PM