OHSEM Ads 2022 bantu usahawan SEM jana pendapatan - FOTO Hiasan
OHSEM Ads 2022 bantu usahawan SEM jana pendapatan - FOTO Hiasan
Siti Nur Qurratul'aina Quddus

Kuala Lumpur: Syarikat media digital, REV Media Group (RMG) bersama Dattel Asia Group (Dattel) bakal mengadakan acara khas OHSEM ADS 2022 di Mines 2, Seri Kembangan pada 3 November ini.

Acara khas yang diadakan khusus untuk usahawan perniagaan kecil dan sederhana (SME) ini bertujuan untuk menerangkan kepada mereka mengenai kelebihan pengiklanan melalui Rangkaian Media REV dengan menggunakan kuasa data perilaku pengguna.

Dianggarkan lebih 3,000 usahawan dan ahli pemasaran yang sama-sama mengikuti acara ini.

Ada antara pengusaha SME mengakui populariti laman web seperti The New Straits Times, Says dan Vocket, akan tetapi mereka kurang sedar bahawa laman-laman web itu adalah sebahagian daripada Rangkaian Media REV yang mampu menarik jumlah pengunjung dalam talian tertinggi di Malaysia.

Menurut laporan Comscore, Rangkaian Media REV menerima kunjungan seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulanan Facebook ataupun Google di Malaysia.

Kebanyakan SME hanya mampu menggunakan media sosial bagi kegunaan pemasaran disebabkan titik masuk harga yang rendah, walaupun panduan amalan terbaik pemasaran digital menyarankan penggunaan berintegrasi media sosial, pengoptimuman enjin carian, iklan Google dan penerbit kandungan premium.

Rangkaian penerbitan kandungan premium REV tidak digunakan

Terdapat tiga sebab utama perbincangan usahawan SME yang tidak digunakan dalam strategi pemasaran mereka, iaitu tanggapan rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka. 

Kedua, keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar.

Ketiga, usahawan SME tidak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat.

Melalui rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV, OHSEM ADS 2022 akan menangani masalah-masalah berkenaan dengan kelebihan dan nilai tambah yang diperolehi usahawan SME.

Beberapa contoh keberkesanan pengiklanan di Rangkaian Media REV akan ditonjolkan kepada usahawan SME di OHSEM ADS 2022 nanti.

Pada Mac lalu, RMG dan Dattel melancarkan kolaborasi pertama iaitu REV Ad Manager yang merupakan satu platform pengiklanan layan diri menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Platform ini memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.

Kini REV Ad Manager sudah diakses lebih dari 100 jenama termasuklah SME dan juga jenama besar dalam sektor peruncitan, fesyen dan kesihatan. 

Melalui OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel berhasrat bagi memberikan peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Ashran Gazzi berkata, penyasaran audiens yang betul ialah sesuatu yang penting dalam mana-mana bisnes. 

"Disebabkan itu kami mahu membantu dan memperkasa SME dengan data yang pragmatik dan yang paling utama dapat membuahkan hasil. 

"Kami dapat membuktikan bahawa keputusan ROI dari pengiklanan yang mengatasi tanda aras kadar 'Click Thru' dari iklan media sosial. 

"Ini sesuatu yang membanggakan dan sebab itu kami mahu kongsi pencapaian ini dengan peserta OHSEM ADS 2022," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG Samuel Wee berkata, usahawan SME tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional bagi mendapatkan data dan menghasilkan persona untuk dipadankan dengan penyasaran audiens mereka.

"Enjin penyaran berpandukan AI kami akan menyarankan asset media yang optimum untuk audiens pilihan anda, seterusnya memudahkan usaha pemilik jenama," katanya.

OHSEM ADS 2022 menjamin peningkatan keupayaan pemasaran dan pengiklanan usahawan SME melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.

Ia juga termasuk pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits). 

Platform ini sudah menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.

Mereka yang hadir juga akan berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi. 

Kadar pengiklanan ini direka khas untuk usahawan SME bagi membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium.

Usaha ini pada asasnya memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.

OHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi.

Usahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV AdManager boleh mendaftar di laman web https://ohsem-ads-2022.eventbrite.com 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2022 @ 5:59 PM