Hari ini, 1 Jun dan masa untuk menyambut Hari Susu Sedunia! Hari Susu Sedunia dimulakan bagi menggalakkan pengambilan susu dan produk tenusu sebagai sebahagian diet harian yang menyihatkan.

Susu Rendah Lemak Berpasteur No. 1 Malaysia, MARIGOLD HL LOW FAT MILK, mengambil peluang ini untuk mengingat dan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk minum lebih susu bagi menjalani kehidupan yang seimbang serta menyihatkan.

Susu adalah makanan global

Susu kaya dengan khasiat seperti vitamin dan mineral dan sudah lama menjadi sebahagian daripada diet seimbang yang menyihatkan sehingga hari ini.

Terkenal dengan susu yang menawarkan keseimbangan antara tahap tinggi dan rendah, MARIGOLD HL LOW FAT MILK menggunakan formulasi khas yang disesuaikan mengikut gaya hidup. Ia memiliki kandungan kalsium dan protein yang tinggi, selain rendah lemak dan laktosa. Ia diperkuatkan dengan sembilan vitamin penting yang memberikan keseimbangan nutrien yang diperlukan tubuh. Oleh sebab itulah, rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan minum susu No. 1*, MARIGOLD LOW FAT MILK.

Khasiat MARIGOLD HL LOW FAT MILK melebihi susu biasa

Tulang dan gigi yang lebih kuat

Ramai menyangka wanita tidak perlu risau mengalami kerapuhan tulang sehingga lewat usia. Sebenarnya, kita semua salah! Wanita daripada semua peringkat umur perlu mengambil langkah bagi mengekalkan tahap ketahanan dan kesihatan tulang. Jutaan wanita mengalami atau berisiko mengalami osteoporosis. Ia adalah penyakit tulang apabila penghidapnya mempunyai tulang yang lemah dan mudah patah. Hasil kajian mendedahkan satu daripada dua wanita dan satu sehingga empat lelaki berumur 50 tahun ke atas akan mengalami kepatahan tulang disebabkan osteoporosis!

Oleh itu, kita haruslah mengekalkan ketahanan tulang dengan pengambilan kalsium dan vitamin D secukupnya serta kerap bersenam contohnya berjalan pantas, berlari, berbasikal dan sebagainya. Tulang yang kuat akan mengurangkan risiko kepatahan tulang dan membantu kita mengekalkan kesihatan ketika meniti arus usia.

MARIGOLD HL LOW FAT MILK mengandungi 25 peratus lebih kalsium daripada susu biasa, ia diperkuatkan dengan vitamin D yang membantu menghalang osteoporosis dan mengekalkan tahap kesihatan keseluruhan. Ia juga memastikan gigi, kuku dan rambut kekal sihat dan kuat.

Jisim otot yang sihat

Susu MARIGOLD HL LOW FAT MILK mengandungi 56 peratus lebih protein daripada susu biasa dan ia penting bagi membina dan membaiki tisu badan. MARIGOLD HL LOW FAT MILK juga minuman terbaik selepas bersenam, ia membantu rehidrasi dan pemulihan otot. Jadi, jangan lupa minum MARIGOLD HL LOW FAT MILK selepas bersenam untuk membekalkan khasiat yang diperlukan tubuh untuk pemulihannya sambil menggantikan cecair yang hilang sewaktu bersenam.

Mengekalkan berat yang sesuai

Bagi menikmati khasiat susu tanpa mengambil lemak, pilih MARIGOLD HL LOW FAT MILK yang memiliki 75 peratus kurang lemak berbanding susu biasa. Ia membantu anda menjalani diet rendah lemak bagi memastikan anda tampil kurus dan sihat.

Sesuai untuk perut

Berbanding susu biasa, MARIGOLD HL LOW FAT MILK mempunyai 75 peratus kurang laktosa daripada kadar biasa untuk kesesuaian mereka yang mengalami ketaktoleranan laktosa. Mereka yang tidak toleran laktosa mungkin akan me­ngalami ketidakselesaan penghadaman seperti gas, kembung perut dan cirit-birit apabila minum susu biasa.

Mengurangkan paras kolesterol

Bagi yang risau mengenai paras kolesterol yang tinggi, sterol tumbuhan dalam ‘MARIGOLD HL LOW FAT MILK with Plant Sterols’ terbukti dapat membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah. Ia berfungsi dengan menghalang tubuh daripada menyerap kolesterol.

Integrasikan dua gelas Susu Rendah Lemak MARIGOLD HL bersama sterol tumbuhan dalam diet seimbang harian anda (termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran secara kerap) bersama senaman bagi membantu anda mengekalkan paras kolesterol pada tahap yang sihat.

MARIGOLD HL LOW FAT MILK

Dengan semua kelebihan ‘MORE’ ini, MARIGOLD HL LOW FAT MILK sememangnya ‘Supermilk’. Ia kaya dengan nutrien dan lazat, MARIGOLD HL LOW FAT MILK membantu anda mengecap diet seimbang yang menyihatkan. Ia amat baik untuk diri anda, anak-anak dan seluruh ahli keluarga.

MARIGOLD HL LOW FAT MILK kini boleh didapati dalam tiga jenis rasa: Biasa, Coklat dan Strawberi; termasuk sterol tumbuhan yang mengurangkan paras kolesterol. Hanya dua gelas MARIGOLD HL LOW FAT MILK setiap hari berupaya membekalkan nutrien harian buat anda sekeluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 11:34 AM