SEREMBAN 18 SEPTEMBER 2018. Restoran KFC Bandar Sri Sendayan yang merupakan cawangan KFC ke-700. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN
SEREMBAN 18 SEPTEMBER 2018. Restoran KFC Bandar Sri Sendayan yang merupakan cawangan KFC ke-700. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: KFC Malaysia merancang untuk membuka 52 lagi restoran baharu di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Jenama KFC Malaysia, Stephen Chew berkata, setakat ini, terdapat kira-kira 740 restoran di seluruh negara menghidangkan juadah KFC kepada rakyat Malaysia setiap hari.

Katanya, sepanjang beroperasi sejak lima dekad, KFC Malaysia sudah mencapai pelbagai kejayaan, lebih-lebih lagi dua tahun yang cukup mencabar kebelakangan ini disebabkan oleh pandemik yang tidak dijangka.

"Namun, KFC kekal memegang kukuh komitmen yang sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan dan pengalaman bermakna untuk semua peringkat usia.

"Justeru, kami merancang untuk terus meluaskan rangkaian restoran KFC dan menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 780 cawangan, tahun ini.

"Modal untuk membuka satu restoran selalunya membabitkan jutaan ringgit kerana bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis cawangan pandu lalu, di lot kedai atau di pusat beli-belah.

"Dari segi perbelanjaan modal, KFC Malaysia memperuntukkan kira-kira RM100 juta untuk keseluruhan 2022 dan ia termasuk rancangan membuka cawangan baru serta langkah penambahbaikan restoran sedia ada kepada wajah yang lebih segar dan pengamalan bermakna untuk pelanggan setia KFC," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran kempen It's Finger Lickin' Good dan replika mesin KFC Klaw for Chickendalam KFC Bucket gergasi di sini, hari ini.

Sementara itu, KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini.

Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari sehingga 2 petang dari harga serendah RM7.99 melalui khidmat makan-di-restoran, bawa pulang dan pandu lalu di kebanyakan restoran KFC seluruh negara.

Pakej itu mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat dalam enam variasi kombo untuk dipilih; Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49), Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60), Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49).

Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49), Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49).

Peminat KFC yang melawat Pizza@Starhill Gallery boleh main dan menang baucar KFC dan bantal Drummie, bermula hari ini sehingga 9 Jun 2022 pada tarikh dan waktu yang dijadualkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 1:35 PM