HIDANGAN gulungan terbaru ini menawarkan gabungan rasa unik nasi Mexico bersama sos salsa dan kepingan Zinger digulung dengan roti tortilla hangat.
HIDANGAN gulungan terbaru ini menawarkan gabungan rasa unik nasi Mexico bersama sos salsa dan kepingan Zinger digulung dengan roti tortilla hangat.

KFC Malaysia kembali dengan hidangan sensasi baru iaitu KFC Ole Ole Rice Wrap bersama gabungan rasa yang mengujakan. Hidangan gulungan terbaru ini menawarkan gabungan rasa unik nasi Mexico bersama sos salsa dan kepingan Zinger kegemaran ramai, digulung dengan roti tortilla hangat hanya pada RM5.90.

Bersama slogan ‘Citarasa fiesta baharu, sudah cuba baru tahu!’ KFC mengajak penggemarnya untuk menikmati hidangan ini yang menampilkan kepingan Zinger rangup bersama nasi Mexico beraroma, tomato, timun dan bawang segar yang dipotong dadu, disempurnakan dengan mayonis dan sos salsa Mexico, padat di dalam satu gulungan roti tortilla hangat.

Ia dipadankan dengan hidangan sampingan Golden Potato Bites baru dan minuman ringan Mountain Dew yang menyegarkan.

Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC Angelina Villanueva berkata, hanya daripada RM5.90, KFC Ole Ole Rice Wrap menawarkan hidangan yang penuh dengan keenakan kepada penggemar KFC.

Hidangan ini boleh didapati menerusi sajian kombo dan juga box meal. Hanya dengan RM8.90, hidangan kombo didatangkan bersama KFC Ole Ole Rice Wrap, Golden Potato Bites dan minuman ringan Mountain Dew bersaiz biasa.

Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih mengenyangkan, pelanggan boleh memilih hidangan ‘box meal’ yang didatangi dengan KFC Ole Ole Rice Wrap, satu ketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy, bersama Golden Potato Bites dan minuman ringan Mountain Dew bersaiz biasa hanya pada RM 12.90.

Hidangan terkini itu boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula 26 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 5:20 AM