MAX Verstappen. FOTO AFP
MAX Verstappen. FOTO AFP
Agensi

London: Mercedes berpotensi untuk memecahkan rekod dengan menandatangani juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen sebagai pengganti Lewis Hamilton.

Sumber di Austria mendakwa pasukan F1 itu membentangkan pakej bernilai £128 juta (RM762.1 juta) setahun untuk memikat hati juara dunia tiga kali itu.

Ia selepas Red Bull Racing dikejutkan dengan berita bahawa pakar reka bentuk, Adrian Newey berundur daripada peranannya dalam pasukan.

SunSport melaporkan bapa Verstappen, Jos dan pengurusnya, Raymond Vermeulen, dijangka akan bertemu tiga pemilik pasukan Mercedes F1.

Ia termasuk bos pasukan, Toto Wolff; Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz, Ola Kallenius dan pemegang saham Ineos serta Manchester United, Sir Jim Ratcliffe.

Kem Verstappen telah menjelaskan bahawa mereka sedang menilai pilihan yang ada selepas mempunyai hubungan tegang dengan bos pasukan, Christian Horner.

Ia selepas selesai siasatan dalaman di mana nama Horner dibersihkan daripada dakwaan kelakuan tidak wajar terhadap rakan sekerja wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 8:48 PM