Kuala Lumpur: KFC Malaysia menyasarkan peningkatan perolehan jualan sebanyak 15 peratus menerusi menu terbarunya, KFC Tasty Travel yang menampilkan Bombay Fiery Crunch dan Bombay Fiery Crunch Burger.

Naib Presiden Kanannya, Ling Mee JiuanĀ berkata, siri KFC Tasty Travel sebelum ini iaitu siri Tokyo dan Bangkok turut mencatat jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 15 peratus.

Beliau berkata, bagi merancakkan jualan, pihaknya merancang membuka perkhidmatan servis penghantaran di 90 cawangannya sebelum akhir tahun ini berbanding 75 cawangan ketika ini.

Sementara itu, menu baru KFC itu dihasilkan menerusi proses cili pedas yang diperap dengan rempah ratus serta adunan emping jagung rangup. Menu itu ditawarkan pada waktu makan tengah hari dan makan malam dengan harga serendah RM10.95 untuk kombo dua ketul ayam yang mengandungi Cheezy Wedges, Roti Butterscotch dan minuman pic Sjora.

Menu terbaru itu boleh didapati di semua restoran KFC di Malaysia untuk masa terhad bermula dari 29 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:13 AM