TAUFEK (dua dari kanan), Timbalan Pengurus Besar Arus Perdana QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Evelyn Ng (dua dari kiri) pada pelancaran KFC Zinger Rice Wrap.
TAUFEK (dua dari kanan), Timbalan Pengurus Besar Arus Perdana QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Evelyn Ng (dua dari kiri) pada pelancaran KFC Zinger Rice Wrap.

Kuala Lumpur: KFC Malaysia memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, dengan sasaran jualan sebanyak RM15 juta untuk tempoh yang tidak ditetapkan bermula semalam (5 Mac).

Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat KFC Malaysia, Ahmad Taufek Omar berkata, produk seumpama itu adalah yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera kerana menggabungkan makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi sebagai inti.

“Diinspirasikan oleh pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan, KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan lazat dan sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk.

“Produk ini dicipta khas untuk golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu yang enak dan mudah dimakan,” katanya pada majlis pelancarannya di sini semalam.

Tambah beliau, produk baru itu mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan dengan menggabungan kepingan Zinger, nasi Colonel dan sayur-sayuran.

Sehubungan dengan itu juga, KFC melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram dengan kerjasama Fly FM dan One FM dan pemenang terpilih akan menerima hadiah menarik dan kejutan.

Ketika ditanya mengenai had tempoh promosi, Ahmad Taufek berkata tiada had tertentu, namun mereka mempunyai perancangan untuk mengekalkan produk itu sebagai menu utama.

KFC Zinger Rice Wrap boleh didapati dengan harga RM4.90 bagi ala carte dan RM7.90 bagi kombo dengan kentang goreng dan minuman Mountain Dew.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 7:14 AM