KFC Burger Banjir ditawarkan pada harga bermula RM12.49.
KFC Burger Banjir ditawarkan pada harga bermula RM12.49.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: KFC Malaysia memperkenalkan KFC Burger Banjir iaitu Zinger Hot & Spicy ditenggelamkan ke dalam Sos BBQ Salai.

Ia turut dilengkapi lapisan mayonis dan salad cincang segar, serta diapit dengan kepingan ban bijan.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, burger meleleh-leleh dengan sos barbeku yang menyelerakan ini dicipta khas untuk melanggar setiap peraturan dalam etika makan.

"Lepaskan segalanya dan jangan risau untuk comot dengan KFC Burger Banjir baru ini. Burger smoky lazat ini pasti memberikan anda nikmat Zinger rangup dengan setiap gigitan comot," katanya dalam kenyataan.

Burger ini boleh didapati secara eksklusif di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada bermula esok, manakala di Sabah bermula 28 Julai nanti.

Ia ditawarkan pada harga bermula RM12.49 dalam beberapa pilihan sama ada a la carte, kombo, Box Meal, dan Kombo Aneka yang mengandungi dua KFC Burger Banjir, enam ketul nuget dan Cheezy Wedges.

Dapatkan diskaun 10 peratus apabila menggunakan kod promo BANJIR, ekslusif di KFC Delivery dan

aplikasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 8:31 PM