DEKORASI lampu   menghiasi suasana unit pameran setiap malam.
DEKORASI lampu menghiasi suasana unit pameran setiap malam.
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concept) menganjurkan pelbagai aktiviti dan bengkel menarik menerusi program Matrix Winter Wonderland 2021.

Ia diadakan bermula 11 hingga 31 Disember 2021 di unit pameran Clover, Resort Residence di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Antara aktviti dijalankan seperti Christmas Pop Stick, DIY Christmas Party Head, Snowball Toss Game Booth, Pop the Balloon Game Booth dan Christmas Jenga Game Booth.

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, program yang julung kali diadakan ini bertemakan Rumah Kutub Utara Santa Klaus.

"Bagi pelawat yang ingin membuat tempahan boleh memilih empat pilihan masa dan diutamakan kepada mereka yang membuat tempahan lebih awal.

"Bagi mereka yang tidak mendaftar, kemasukan mengikut peraturan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, apabila kami mengikut jumlah pelawat dibenarkan pada satu-satu masa.

"Hanya pelawat menerima vaksinasi penuh dibenarkan masuk dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang belum menerima vaksin sepenuhnya dibenarkan masuk bersama orang dewasa divaksinasi sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Lim berkata, dekorasi lampu bakal menghiasi suasana unit pameran pada setiap malam bermula enam petang hingga 10 malam setiap hari bermula 11 hingga 31 Disember 2021.

Jelasnya, inisiatif program ini untuk menaikkan semangat sambutan Hari Krismas dalam kalangan komuniti dan pelawat di Bandar Sri Sendayan.

Menurutnya, Krismas adalah masa untuk memberi dan beliau menyeru supaya semangat muhibah dan persefahaman terus dipupuk bagi mengharapkan yang terbaik untuk tahun akan datang.

Untuk maklumat program dan kategori tempahan, pelawat boleh melayari www.winterxmas.com.my atau www.mchb.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 7:04 AM