SEPANG 17 FEBRUARY 2016. Mitsui Outlet Park (MOP) KLIA berpotensi menjadi pusat berkonsepkan 'factory outlet' terbesar di Asia Tenggara. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.FARIZ ISWADI ISMAIL.
SEPANG 17 FEBRUARY 2016. Mitsui Outlet Park (MOP) KLIA berpotensi menjadi pusat berkonsepkan 'factory outlet' terbesar di Asia Tenggara. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.FARIZ ISWADI ISMAIL.
Syarifah Dayana Syed Bakri


MFMA Development Sdn Bhd syarikat kerjasama antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Mitsui Fudosan Co Ltd menjangkakan sehingga lapan juta pengunjung membeli-belah di Mitsui Outlet Park KLIA menjelang 2025.

Pengarahnya, Tatsuro Irino berkata, jumlah yang disasarkan itu dapat dicapai selepas projek berkenaan siap sepenuhnya pada 2021.

“Pada tahun lalu, kira-kira empat juta pengunjung dicatatkan berkunjung ke Mitsui Outlet Park yang mana 80 peratus adalah rakyat tempatan dan 20 peratus pelancong.

“Malah, dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas fasa terakhir siap kelak, kami meletakkan sasaran untuk mencapai 40 peratus pengunjung di kalangan pelancong,” katanya selepas pelancaran fasa kedua Mitsui Outlet Park di Sepang, hari ini yang dirasmikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Fasa kedua Mitsui Outlet Park menampilkan 70 jenama, penambahan kepada 130 jenama yang ditawarkan pada fasa pertama.

Fasa ketiga yang juga peringkat akhir pembinaan akan dimulakan pada 2020 dan bakal menampilkan tambahan 50 jenama menjadikan keseluruhan 250 jenama ditawarkan di Mitsui Outlet Park.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2018 @ 8:49 PM