SAMBUTAN ulang tahun kelapan MOP KLIA berlangsung hingga 31 Julai ini.
SAMBUTAN ulang tahun kelapan MOP KLIA berlangsung hingga 31 Julai ini.
HM Digital

MITSUI Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah berjenama dari Jepun menjemput pembeli menyertai sambutan ulang tahun kelapan bermula dari 3 Julai lalu sehingga 31 Julai ini.

Naib Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah mengalu-alukan semua pengunjung ke MOP KLIA untuk menyertai majlis sambutan yang menyeronokkan itu.

Pusat beli-belah ini akan dipenuhi hiasan bertemakan pesta hari jadi yang belum pernah dibuat sebelum ini.

"Pesta sambutan berlangsung sepanjang Julai ini.

"Kedai menawarkan hadiah menarik, ganjaran pulangan tunai serta-merta, persembahan hiburan, pemberian promosi hebat hingga 80 peratus dan banyak lagi. Kami mahu berkongsi sambutan ini dengan semua pengunjung sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka selama ini," kata Cheah.

Sepanjang bulan sambutan, pembeli boleh mengambil bahagian dalam pelbagai bengkel dan aktiviti yang dianjurkan untuk seisi keluarga.

MOP KLIA mempunyai kedudukan strategik hanya lapan minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 selain anggaran 45 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 6:40 AM