OSAMU Obayashi (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Ong Hong Peng (empat kiri) bersama Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (tiga kanan) dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali (kanan) melihat pelan selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan Fasa 2 Mitsui Outlet Park KLIA. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Syarifah Dayana Syed Bakri

Sepang: MFMA Development Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Mitsui Fudosan Co Ltd dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memulakan kerja pembinaan Mitsui Outlet Park KLIA fasa dua yang dijangka siap pada 2018.

Fasa kedua ini akan menempatkan kira-kira 60 premis tambahan dengan 500 lot letak kenderaan sebagai tambahan kepada 2,100 lot sedia ada.

Pegawai Pengurusan Mitsui Fudosan, Osamu Obayashi berkata, fasa terbaru ini menampilkan sedikit kelainan berbanding fasa sebelum ini.

"Ia akan menempatkan lebih banyak jenama premium serta premis hiburan sebagai tarikan terbaru untuk Mitsui Outlet Park," katanya selepas majlis pecah tanah, di sini.

Fasa pertama pusat beli-belah ini menawarkan 128 kedai jenama tempatan dan antarabangsa meliputi produk fesyen, kosmetik, sukan dan aksesori.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 4:23 PM