RICCIARDO dan Tsunoda mensasarkan untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan Alpha Tauri musim lalu. FOTO Agensi
RICCIARDO dan Tsunoda mensasarkan untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan Alpha Tauri musim lalu. FOTO Agensi
AFP

Paris: AlphaTauri menukar namanya kepada Visa Cash App RB, selepas pasukan Formula Satu (F1) itu mengumumkannya menjelang pelancaran jenteranya di Las Vegas pada 8 Februari.

Pasukan angkat Red Bull, yang berpangkalan di Faenza, Itali, berlumba sebagai AlphaTauri sejak 2020, mengambil alih daripada penjelmaan sebelumnya sebagai Toro Rosso terjemahan bahasa Itali, Red Bull dari 2006 hingga 2019.

Sebelum syarikat minuman Austria itu mengambil alih, pasukan berkenaan berlumba sebagai Minardi.

Ia adalah nama baharu kedua untuk pasukan 2024 selepas Alfa Romeo menjadi Pasukan F1 Stake Kick Sauber.

Pasukan Visa Cash App RB akan membuat penampilan sulungnya pada pusingan pertama musim ini di Bahrain pada awal Mac, dengan pemandu Australia, Daniel Ricciardo dan Yuki Tsunoda (Jepun) mensasarkan untuk memperbaiki tempat kelapan keseluruhan daripada 10 pasukan tahun lalu.

Visa kini menjadi rakan kongsi global untuk kedua-dua pasukan milik Red Bull.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 3:17 PM