SCHUMACHER bakal beraksi sebagai pemandu simpanan Mercedes dan McLaren musim ini. FOTO AFP
SCHUMACHER bakal beraksi sebagai pemandu simpanan Mercedes dan McLaren musim ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Mick Schumacher, yang sudah pun menandatangani sebagai pemandu simpanan untuk Mercedes musim ini, juga akan memainkan peranan sama di McLaren.

Perkara berkenaan diumumkan oleh pasukan Formula Satu (F1) Britain itu.

"McLaren akan dapat memanggil Mick Schumacher sebagai pemandu simpanan semasa musim F1 2023 sebagai sebahagian daripada perjanjian kami dengan Mercedes," kata pasukan berkenaan di Twitter.

Pelumba Jerman berusia 23 tahun itu, anak kepada juara F1 tujuh kali Michael, digugurkan oleh Haas pada penghujung 2022 selepas hanya dua musim dalam perlumbaan berkenaan.

Mick Schumacher juga memutuskan hubungan dengan salah satu pasukan bekas bapanya, Ferrari, yang melatihnya dalam akademi pasukan berkenaan.

Dia menyertai Mercedes, pasukan di mana bapanya Michael menamatkan kerjayanya, sebagai pemandu simpanan.

Mercedes juga membekalkan enjinnya kepada pasukan McLaren.

Musim Formula 1 2023 bermula pada 5 Mac di Bahrain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 12:29 PM