QUARTARARO tekad raih kejayaan di Assen. FOTO EPA
QUARTARARO tekad raih kejayaan di Assen. FOTO EPA
AFP

Assen: Fabio Quartararo bersedia untuk saingan MotoGP Belanda hujung minggu ini dengan mahu memburu kemenangan ketiga berturut-turut dan mendahului kejuaraan dunia menjelang cuti musim panas.

Penyandang juara dunia itu memiliki kelebihan 34 mata di depan Aleix Espargaro di puncak kedudukan keseluruhan pelumba selepas kemenangan berturut-turut di Barcelona dan Jerman.

Quartararo kembali ke trek Assen di mana dia menang tahun lalu dan menduduki tempat ketiga pada 2019.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan di Sachsenring," kata pelumba kelahiran Perancis itu.

"Saya menunggang dengan baik di Barcelona, ​​​​tetapi aksi di Sachsenring lebih baik kerana saya melakukannya semasa tidak sihat.

"Saya menikmati beberapa hari berehat dan kini saya berasa sembuh semula, jadi saya sudah bersedia untuk perlumbaan di Assen. Kami mempunyai kenangan indah dari tahun lepas di sana bersama pasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2022 @ 10:45 AM