MIKKOLA (tengah) meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga Rali Monte Carlo 1984 bersama rakan sepasukannya, Arne Hertz (kanan). FOTO AFP
MIKKOLA (tengah) meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga Rali Monte Carlo 1984 bersama rakan sepasukannya, Arne Hertz (kanan). FOTO AFP
AFP

Paris: Hannu Mikkola, salah seorang daripada 10 pelumba rali terbaik sepanjang zaman, meninggal dunia pada usia 78 tahun akibat penyakit kanser.

Perkara berkenaan disahkan oleh anaknya dan Kejohanan Rali Dunia (WRC).

"Ya, berita yang menyedihkan ini adalah benar," jelas jurucakap WRC kepada AFP.

Pelumba Ford dan Audi itu terkenal dengan gelaran 'The Flying Finn' dengan muncul juara WRC pada 1983 dan tujuh kali meraih kejuaraan Rali 1000 Lakes.

Anaknya memberi penghormatan di atas pemergian bapa mereka di media sosial hari ini.

"Kami kehilangan bapa, Hannu hujung minggu ini yang menghidap penyakit kanser. Ramai yang mengenalinya sebagai seorang legenda rali. Bagi saya beliau adalah seorang bapa yang sangat hebat dalam sukan ini," kata salah seorang daripada anaknya yang juga pelumba rali, Vesa Mikkola.

Pelumba veteran lain yang turut memberi penghormatan adalah juara WRC, Carlos Sainz, Sebastien Ogier dan Petter Solberg.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 5:52 PM