DE VRIJ (biru) memainkan peranan penting ketika Belanda menewaskan Romania. -FOTO AFP
DE VRIJ (biru) memainkan peranan penting ketika Belanda menewaskan Romania. -FOTO AFP
Agensi

Berlin: Pemain berpengalaman Inter Milan, Stefan de Vrij, yakin Belanda masih boleh meningkatkan prestasi mereka di Euro 2024 walaupun mempamerkan persembahan menakjubkan dalam perlawanan pusingan 16 menentang Romania.

Biarpun begitu pemain berusia 32 tahun itu menggesa rakan sepasukannya untuk menjadi lebih klinikal di peringkat tiga terakhir ini untuk mengelakkan lebih banyak drama lewat perlawanan terhasil.

Pada perlawanan menentang Romania itu, pasukan Ronald Koeman mendominasi perlawanan, tetapi selain gol pembukaan awal Cody Gakpo, mereka tidak dapat menembusi pertahanan Romania yang kental.

Namun, Donyell Malen menjaringkan dua gol selepas minit ke-80 untuk menentukan nasib Tricolours dan membawa Belanda ke separuh akhir pertama mereka sejak 2008.

Bintang Inter, De Vrij menjadi pilihan pertama Koeman untuk digandingkan bersama Virgil van Dijk sejak permulaan.

De Vrij berpendapat rakannya itu dapat membuat permainan lebih mudah jika mereka lebih klinikal pada awal permainan.

"Kami bertahan dengan baik dari barisan hadapan, mencari masa yang sesuai untuk memberikan tekanan.

"Itu adalah satu kesulitan terbesar yang kami alami minggu lalu.

"Saya fikir kami boleh membuat perkara lebih mudah jika kami menjaringkan gol kedua dengan pantas.

"Tetapi kami menunjukkan bahawa kami belajar dari minggu lalu. Kami boleh memperbaiki perkara ini," katanya.

De Vrij adalah watak penting untuk Inter musim lalu. Bagaimanapun, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan berbeza pada Euro 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 10:03 AM