NAOMI mahu berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan. FOTO AFP
NAOMI mahu berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka menarik diri daripada menyertai saingan Indian Wells di California bulan depan.

Bintang Jepun berusia 23 tahun itu pernah muncul juara di kejohanan berkenaan dengan meraih trofi pada 2018 selepas menumpaskan Daria Kasatkina.

Naomi berkata awal bulan ini, dia bercadang untuk berehat daripada menyertai pertandingan selepas tersingkir awal di Terbuka Amerika Syarikat.

"Sejujurnya saya tidak tahu bila akan kembali bermain tenis semula. Saya fikir bahu berehat daripada beraksi buat seketika," katanya.

Naomi, yang tergelincir dari kedudukan lima terbaik dunia baru-baru ini, mendapat perhatian tahun ini apabila menari diri di Terbuka Perancis dan tidak beraksi di Wimbledon selepas memberi alasan berdepan masalah kesihatan mental.

Naomi berkata, masalahnya semakin bertambah apabila bertemu dengan media selepas perlawanan.

Dia juga tersingkir awal di Cincinnati bulan lalu dan gagal mara sejauh mungkin di Olimpik Tokyo pada Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 1:42 PM