TOBI (kanan) memenangi perlumbaan 100m lari berpagar. FOTO AFP
TOBI (kanan) memenangi perlumbaan 100m lari berpagar. FOTO AFP
Reuters

Eugene: Kemampuan Tobi Amusan memecah rekod dunia dalam acara 100 meter (m) lari berpagar di Kejohanan Dunia pada Ahad lalu mengaitkannya dengan teknologi kasut tetapi atlet Nigeria itu menafikannya.

Tobi, yang memakai kasut Adidas Adizero Avanti direka untuk pelari beraksi dalam perlumbaan jarak 5 hingga 10 kilometer (km), merangkul emas acara 100m lari berpagar dengan catatan 12.06 saat (s) yang pada awalnya diumum sebagai rekod dunia tetapi tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin.

Dia sudah pun memecahkan rekod dunia sebelum itu dengan mencatat 12.12s pada saingan separuh akhir di Hayward Field.

"Kemampuan saya tidak tertumpu hanya kepada kasut. Saya menghidap patella fasciitis pada awal musim yang menyebabkan saya terpaksa berehat seketika.

"Saya bercakap dengan Adidas dan meminta jika saya boleh mendapatkan kasut dengan tapak yang lebih lembut.

"Mereka mengesyorkan pelbagai kasut dan saya berasa selesa dengan kasut yang dipakai ini sepanjang masa," katanya.

Teknologi kasut menjadi tumpuan sejak kemampuan untuk memperbaharui rekod mula merosot tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2022 @ 9:20 AM