JAGUH bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah. FOTO Bernama
JAGUH bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah. FOTO Bernama
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2023 dijangka berlangsung sengit dengan beberapa nama atlet mempunyai peluang terbaik untuk dinobatkan merangkul anugerah tertinggi dalam sukan negara itu.

Antara nama yang menjadi sebutan adalah jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan atlet boling wanita, Natasha Mohamed Roslan.

Namun ia tidak mudah buat Mohd Syarul Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Mike apabila bakal berdepan cabaran empat calon akhir iaitu atlet ekuestrian yang memenangi pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil.

Turut tersenarai adalah pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Ng Eain Yow, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malek (karate) dan Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling).

Bagaimanapun Mike dilihat mempunyai peluang cerah berdasarkan pencapaiannya tahun lalu iaitu muncul juara dunia dan Asia buat kali keenam tahun lalu.

Manakala Natasha Mohamed Roslan, menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia bagi muncul juara dunia meletakkan dia pilihan utama untuk dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali pertama.

Untuk rekod ia adalah kali keenam Mike dicalonkan sebagai calon akhir untuk anugerah tertinggi dalam sukan itu pada Anugerah Sukan Negara (ASN).

Sekiranya tuah kali ini memihak kepada Mike, dia akan menjadi atlet bina badan negara yang ketiga dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan selepas Datuk Malek Noor dan Sazali Samad.

Sementara itu Natasha berjaya mengharumkan nama negara, yang mana kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada tahun 2011 di Hong Kong.

Natasha akan dicabar Nur Amisha Azrilrizal (Muay Thai), Nur Syazrin Mohamad Latif (pelayaran) dan Nurul Alyani Jamil (boling padang) bagi perebutan gelaran Olahragawati Kebangsaan.

Nur Amisha Azrilrizal (Muay Thai), Nur Syazrin Mohamad Latif (pelayaran) dan Nurul Alyani Jamil (boling padang) bagi perebutan gelaran Olahragawati Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2024 @ 2:26 PM