SIVASANGARI gagal melangkah ke suku akhir.
SIVASANGARI gagal melangkah ke suku akhir.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila S Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir kejohanan di Kaherah, Mesir.

Pada aksi pusingan ketiga di Kelab Palm Hills, pemain wanita nombor 13 dunia Sivasangari tewas kepada pemain tuan rumah Hania El Hammamy yang jugapilihan kedua kejohanan 13-15, 6-11, 5-11 dalam pertarungan selama 44 minit.

Sementara itu, pemain nombor satu lelaki negara Eain Yow tumbang dalam masa 39 minit kepada pilihan kedua daripada New Zealand, Paul Coll, 9-11, 4-11, 6-11.

Keputusan semalam menyaksikan bekas pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David kekal sebagai pemain Malaysia terakhir memenangi kejohanan itu pada edisi 2014 di Kaherah apabila menewaskan pemain tuan rumah, Raneem El Weleily, 5–11, 11–8, 7–11, 14– 12, 11–5.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 4:38 PM