SCOTTIE Scheffler. FOTO Agensi
SCOTTIE Scheffler. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler semakin hampir menjulang gelaran Jelajah US PGA dengan kelebihan lima lubang di depan dan berpeluang memenangi Terbuka Houston itu.

Scheffler dijangka terus menguasai aksi pada hari terakhir meskipun cuba dicabar pesaing terdekat David Skinns dan Stephan Jaeger.

Selepas aksi itu, Scheffler akui dia gembira dengan prestasinya dan berharap rentak sama dikekalkan untuk saingan seterusnya.

"Hari ini saya beraksi lebih baik daripada sebelum ini dan kesemuanya berjalan lancar mengikut perancangan," kata Scheffler.

"Malah, saya rasa keputusan diraih hari ini cukup baik dan sempurna. Setiap pukulan saya menemui sasaran yang saya cari.

"Secara keseluruhan bagus untuk menamatkan dengan dua birdie itu. Mendapat pukulan yang sangat bagus pada lubang ke 16, pukulan yang baik di lubang 17 dan ya, saya rasa seperti saya melakukan banyak perkara dengan baik hari ini," katanya.

Ujarnya lagi, walaupun permainan sedikit terganggu ekoran bolanya masuk ke dalam tasik, namun Scheffler berjaya bangkit untuk mengejar pesaing lain.

"Saya melakukan pukulan yang baik namun bola bergolek masuk ke dalam air. Ada kala situasi itu berlaku, ia adalah sebahagian daripada permainan.

"Saya tidak menjangka ia berada di dalam air...tetapi saya bangga dengan bagaimana saya bangkit semula ke sana".

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 2:12 PM