France's Teddy Riner poses with his gold medal on the podium of the men's +100kg final bout during the Paris Grand Slam judo tournament in Paris on February 4, 2024. (Photo by EMMANUEL DUNAND / AFP) / ALTERNATE CROP
France's Teddy Riner poses with his gold medal on the podium of the men's +100kg final bout during the Paris Grand Slam judo tournament in Paris on February 4, 2024. (Photo by EMMANUEL DUNAND / AFP) / ALTERNATE CROP
AFP

Paris: Pemenang tiga pingat emas Olimpik Perancis acara judo, Teddy Riner memenangi gelaran Grand Slam Paris kelapan selepas menewaskan atlet Korea Selatan, Kim Minjong dengan o-uchi-gari dalam acara akhir kategori +100kg lelaki, enam bulan sebelum Sukan Paris 2024 membuka tirai.

Riner, pemegang rekod juara dunia 11 kali, bergelut semasa separuh akhir menentang atlet nombor tiga dunia dari Uzbekistan, Alisher Yusupov dan hampir tewas menerusi ippon sebelum keputusan itu ditolak. Riner kemudiannya memenangi pertarungan dengan ippon.

Sembilan bulan selepas pertandingan terakhirnya di Kejohanan Dunia di Doha pada Mei, kemenangan itu adalah petanda positif untuk atlet Perancis berusia 34 tahun itu, menjelang Olimpik Paris.

"Saya tidak dalam keadaan terbaik tetapi saya di landasan yang betul. Ada enam bulan lagi, ia memberi masa untuk membuat persediaan, memantapkan teknik, fizikal dan sudah tentu judo," kata Riner.

"Beraksi di temasya Olimpik di tempat sendiri memotivasikan saya. Ia menakjubkan dan ia membawa banyak emosi.

"Ia juga boleh memberi tekanan yang tinggi tetapi saya fikir dalam kehidupan seorang atlet, ia adalah sesuatu yang anda mahu lakukan. Dan saya berjuang untuk ini, untuk mencapai sesuatu yang besar," tambahnya.

Atlet Perancis itu yang kini berada di ranking ke-13 dunia, sedang berusaha untuk memasuki kelompok lapan terbaik untuk menjadi pilihan di Sukan Paris.

Riner berharap untuk meningkatkan prestasi selepas Olimpik Tokyo di mana dia hanya meraih gangsa, selepas memenangi emas di Rio de Janeiro pada 2016 dan di London 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2024 @ 10:47 AM