AFRIKA Selatan tetap bersedia sama ada Dupont diturunkan atau tidak pada aksi suku akhir. FOTO AFP
AFRIKA Selatan tetap bersedia sama ada Dupont diturunkan atau tidak pada aksi suku akhir. FOTO AFP
Reuters

Paris: Afrika Selatan akan bermain permainan mereka sendiri dan tidak membuat perancangan berdasarkan sama ada ketua pasukan Perancis, Antoine Dupont dapat diturunkan atau tidak menjelang aksi suku akhir Piala Dunia Ragbi hujung minggu ini.

Menurut scrumhalf Springbok, Faf de Klerk, pemain nombor sembilan Perancis itu adalah antara scrumhalf terbaik di dunia.

"Kami akan bersedia untuk berdepan tuan rumah tidak kisah sama ada mereka turun dengan kehadiran Dupont atau sebaliknya," katanya.

Dupont menyambung semula latihan selepas pembedahan pada bahagian muka apabila mengalami kecederaan ketika aksi peringkat kumpulan menentang Namibia.

"Dia seorang pemain yang hebat dan dia memberi keyakinan kepada pasukan. Tetapi ia tidak menjejaskan kami jika dia bermain atau tidak," kata De Klerk kepada pemberita.

"Kami bersedia untuk menghadapi pasukan, bukan individu. Bagi saya secara peribadi, ia sentiasa baik untuk menghadapi yang terbaik di dunia."

The Boks nyata lebih menyerang dengan bola di tangan semasa kejohanan kali ini, tetapi De Klerk mengakui mereka boleh menukar kembali kepada corak permainan tradisi menjaga kawasan sendiri jika itu adalah jalan yang terbaik bagi mengharungi saingan semakin sengit.

"Sebagai satu pasukan, kami boleh kembali kepada cara tradisional untuk melakukan sesuatu jika perlu, tetapi kami juga menambah corak permainan tambahan yang boleh kami gunakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 10:05 AM