PEMAIN Afrika Selatan meraikan kemenangan. FOTO/AFP
PEMAIN Afrika Selatan meraikan kemenangan. FOTO/AFP
Reuters

AFRIKA Selatan bersaing sengit untuk merebut tiket ke final Piala Dunia Ragbi buat kali ketiga hari ini apabila sepakan gol Handre Pollard dan try daripada Damian de Allende membenam Wales 19-16 untuk mengulangi aksi final 2007 menentang England.

Setiap kali mendapat peluang, scrumhalf Springboks Faf de Klerk membawa bola tinggi untuk menguasai perlawanan, sementara penyerangnya gagah merempuh pemain berjersi merah dan mencari Pollard untuk melakukan penalti, yang berjaya disempurnakannya.

Wales yang dibelenggu kecederaan, terdesak mengejar untuk mara ke final buat kali pertama, menyamakan kedudukan 9-9 menerusi penalti Dan Biggar sehinggalah De Allende meluru untuk try pertamanya selepas minit ke-57.

Wales segera bangkit menerusi Josh Adams dan mereka terikat 16-16 dengan baki perlawanan enam minit sehinggalah Afrika Selatan menang satu lagi penalti yang disempurnakan Pollard untuk memenangi perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 7:20 PM