AKSI pemain hoki dalam dewan wanita negara (jersi kuning) ketika menentang Namibia. FOTO MHC
AKSI pemain hoki dalam dewan wanita negara (jersi kuning) ketika menentang Namibia. FOTO MHC
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Pasukan hoki dalam dewan wanita negara tewas dua perlawanan awal kepada Afrika Selatan dan Namibia dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.

Ketua jurulatih skuad wanita, Badrul Hisyam berkata, pasukan Namibia bijak menggunakan pengalaman dan kesempatan untuk menghukum pasukan negara.

"Permainan kita nampak ada kurang sedikit dan Namibia mengambil kesempatan atas kekurangan kita hari ini.

"Mereka menggunakan pengalaman bermain dalam Piala Dunia (kejohanan hoki dalam dewan) untuk mengatasi kita.

"Untuk perlawanan akan datang, kita akan buat analisis bersama pemain dan memperbetulkan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.

Pada perlawanan awal menentang Afrika Selatan, skuad negara memberi tentangan sebelum tewas 2-3.

Misi mendapatkan mata pertama di halaman sendiri bagi perlawanan kedua tidak kesampaian apabila tewas 1-4 kepada Namibia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 9:02 PM