LUCU (kanan) menangkap kaki pemain Jepun, Siosaia Fifita pada perlawanan ujian pada 2 Julai 2022. FOTO FAIL AFP
LUCU (kanan) menangkap kaki pemain Jepun, Siosaia Fifita pada perlawanan ujian pada 2 Julai 2022. FOTO FAIL AFP
AFP

Limonest, Perancis: Ketua jurulatih Perancis, Fabien Galthie memilih Maxime Lucu bagi menggantikan kapten yang cedera, Antoine Dupont di posisi scrum-half bagi aksi penting Piala Dunia Ragbi menentang Itali, awal pagi Sabtu ini.

Dupont menjalani pembedahan tulang pipi dialami ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A membabitkan Perancis dan Namibia, dua minggu lalu.

Walaupun dia sudah bersedia untuk kembali semula bersama pasukan dalam kejohanan ini, pihak pengurus belum memberi lampu hijau kepadanya.

Lucu mengatasi Baptiste Couilloud, yang akan bermula di bangku simpanan menentang Azzurri, sama seperti dilakukannya ketika menang besar 96-0 ke atas Namibia.

"Maxime tidak pernah mengecewakan kami, prestasinya sentiasa cemerlang bersama Perancis dan menunjukkan kualitinya, dia langsung tidak memeningkan diri sendiri," kata Galthie.

"Dia banyak membantu pasukan sama ada ketika menyerang atau bertahan. Dia turut bagus ketika menyepak bola dan sangat berani."

Lucu akan bergabung dengan rakan sepasukannya di Bordeaux-Begles, Matthieu Jalibert, pada perlawanan itu nanti.

"Dia adalah pemain depan kesembilan dan pasti akan memudahkan tugas Matthieu Jalibert," kata Galthie.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 10:38 AM